Rabu, 12 April 2017

sokong gema gegar vaganza (#ggv) tapi ....

Saya baru saja tonton Gema Gegar Vaganza di youtube. Inisiatif yang sangat baik untuk industri nasyid yang semakin malap. 

Hari ini, industri muzik (bukan nasyid) dengan nasyid seperti Celcom dengan tune excel... hehe. Setiap minggu, ada sahaja lagu baru di radio, lagu nasyid baru? Ada ke? ke tak sampai kat telinga?

Kembali kepada ggv ni, komen-komen di Facebook, Youtube majoritinya berpuas hati dengan persembahan-persembahan otai-otai ini (termasuk yang baru). Teringat kisah di sekolah la, nasyid sekolah la, cerita cinta tak kesampaian kat u pun ada. Lihat, satu ledakan baru nasyid. Orang berbicara tentangnya, tidak kisah baik atau buruk, asal diperkata. Mahu popular? Buat apa yang orang suka mengata.. kan.


Ada sebijik video daripada seorang doktor, saya rasa asal daripada posting fb, yang mengkritik program ni. Betul dan benar apa yang disebut olehnya, tentang penasyid yang  berchia3, bagi pickup line kat nana, pastu yang pasal masa nak bahagi lagu untuk minggu kedua, peserta-pserta ni berdiri rapat (kut), yang hos tiga orang tu duduk rapat-rapat (entah). Betul la tu dr.

Ada juga isu yang pasal penasyid perempuan. Ini pun bukan perkara baru. Huraiannya bukan pendek. Perempuan selayaknya lebih terlindung kan ... sebab tu ke ustazah pilihan dah xde? Sebab dulu program TV3 ni kuat kena tegur. daie millionaire ada je lagi... huh.. Mungkin penganjur boleh fikirkan.

Yang paling ramai tak puas hati adalah pasal hos tu. memandangkan ini bukan rajalawak, ramai pesan lebih baik dia lebih behave. setiap video dalam youtube (visual video tu kecik sbb utube tak lepas full) kecam dia. Bagus dah si Jihan tegur dia tu. 

Aku rasa lebih baik cari hos yang biasa-biasa, tak lawak pun takpe asal jangan serius memanjang. Kata nak berhibur. rosyam nor pun boleh naikkan rating daie millionaire.

Sebijik lagi, Penasyid pun kena la jaga siqoh juga. Kalau artis laki perempuan pegang tangan, tak bising pun tapi kalau ustaz (dan yang bawa segala title agama) sebut bodoh pun kecoh segala genap medan sosial. Kena bermain dengan laut realiti, baru tidak tenggelam.

Dulu, kalau show Raihan, punyalah penuh stadium... dahsyat nasyid punya penangan, habis tenggelam segala hip hop, rock bagai tu. Mungkinkah akan kembali lagi fenomena ini? Cer bukak utube cari raihan. 

Tapi lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali & Intifada tu KRU yang buat... satu sudut pandang baru, jangan memandang seseorang dengan sekali pandang. Tahniah KRU kerana terlibat secara langsung menghangatkan fenomena itu.

Apa yang peminat harapkan, nasyid kekal relevan dan mampu mencapai tahap kemuncaknya seperti mana era akhir 90 dan awal 2000 dengan tiga trio Raihan, Rabbani & Hijjaz.

Simpulannya, Astro tolong buat program grand ni pun dah cukup ok, tengoklah sebelum program2 nasyid? bagaimana sambutan? ada perubahan selepas program?

Macam alumni Gegar Vaganza, job makin banyak, show pun bertimbun, rezeki tak putus-putus. Lihat pada sudut positif lagi, ggv ni memang nak bagi penasyid2 kembali demand dalam industri.

ingat, kejian tak sama dengan teguran, semoga kekurangan-kekurangan dalam ggv ini dapat diperbaiki dan saya tidak lihat di mana relevennya program ini dimatikan seperti yang dijaja oleh sesetengah pihak. 

#bloglauttenang
#gemagegarvaganza







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catat Ulasan