Ahad, 12 Februari 2017

Tentang Daihatsu Charade G11 1984 The Legend

Kereta lama ini mengajar ambe bagaimana untuk servis kereta dan membaiki (basic) kereta sendiri. Seperti manusia, semakin berumur, semakin banyak penyakit yang mendatang. Lihat apa yang kita makan kerana you are what you eat. Ringkasnya, makanan yang kita makan menjadi darah daging kita, yang baik atau pun yang buruk. Yang berzat atau yang memudharatkan.

Daihatsu Charade oren ini berumur 33 tahun (1984). Lebih 3 dekad di atas jalan. Berasal dari Selangor. Dia telah melihat Malaysia yang berubah-ubah, dari zaman Tun Mahathir hingga ke zaman Dato’ Najib.

Era 80/90-an memang kenderaan ini sangat feymes dan menjadi kegilaan. Charade biasanya diubah suai untuk kelajuan dan kawalan maksimum seperti Honda EX5. Bagi golongan yang minat dengan kereta mereka sanggup berhabis duit untuk kereta. Ya, kereta lama menjadi ‘baru’. Interior & exterior ditukar dan diupgrade. Tetapi hakikatnya, yang lama tetap lama. Minat masing-masing.

Perkara pertama yang ambe buat selepas dapat kereta ini Ogos tahun lalu, semestinya tukar nama. Caj JPJ RM100 dengan geran versi baru dan sebelum itu, mesti test di Puspkom dahulu (caj dalam RM30 lebih).

Sehari sebelum test, lampu depan tiba-tiba terbakar, pi tukar kena RM20. Rasa macam kena lipak. Biarlah, budak baru dapat kereta. Nak sedapkan hati, andaikan mentol jenis branding antarabangsa dan rare.

Lepas tu, pergi tinted full car, yang paling mudah, RM80 dah dapat. Tapi kena beringat juga, gelap sangat nanti tak lepas JPJ. Penat la pulak nak lari dari roadblock ni. Semak peratusan tembus cahaya yang dikeluarkan JPJ.

Masalah pertama charade ini ialah bateri. Baru pakai dah kong. Silap ambe kerana tidak check air bateri. Buka-buka, dah hampir kering. Isi semula air pun, bateri dah tak kuat nak caj. Jadi terpaksalah beli bateri baru. Kali ini beli yang kering, tak payah nak susah-susah topax air tiap2 minggu/bulan. Kata orang, semakin berat bateri tu, semakin ok. Habis RM140 beli Yokobutt. Yang Yokohama RM160 tak silap. Yokobutt ni pun produk Yokohama.

Bateri ni biasa boleh tahan sampai 1.5 tahun hingga 2 tahun. Tengok kualiti la juga. Tapi kalau bateri basah, si owner tak jaga air, 6 bulan pun dah kong.

Minggu depan tu, mounting absorber pulak yang tanggal (dah lama, ambe pun tak perasan masa beli dulu). Asal membelok jer, macam drift. Tak boleh lepas steering, kereta akan ke kanan dan ke kiri tanpa niat pemandu.

Dah mounting RM55 tambah RM35 untuk alignment. Alignment ni nak bagi betul tayar dengan steering. Nak cek kereta yang wajib kena alignment ni, jalan lurus pun steering kena putar atau masa steering dalam keadaan normal kereta tu tak normal pada kereta orang lain. Susah pulak nak explain.

Pada masa sama, tayar depan kiri dan kanan kena tukar camber. RM18 x2. Lepas tu, batang kanan depan pulak kena tukar, terbang la RM80. Masa angkat kereta dulu, memang tayar kanan macam longgar, boleh gerak kanan kiri.

Lepas tu, masa ambe bawak kereta ni, punya la bising time nak brek. Tengok-tengok brek pad dah makan tepi (makan tak rata).

Tukar brek pad baru, sepasang RM37, upah tu dalam RM25 la jugak. Ambe lihat mudah jer nak tukar, tapi mahal pulak caj si pomen ni. Entahlah. Lepas ni boleh la mencuba tukar sendiri.

Satu lagi, kena cumur minyak kat skru besar yang pegang brek tu, kalau tak makan tepi pulak la lepas ni. Cek tutorial di sini

Bulan 11 pulak, kena tukar tayar. Ada jer tayar toreh tapi ambe lebih suka tayar second, saiz rim 15 Alza ni RM60 pun dah dapat. 185-55-R15.

Tiba-tiba kipas radiator tak pusing. ambe syak motor kena tukar ni, tapi rupa-rupanya soket yang rosak. Tukar baru RM20 (sekali upah la ni, 2 jam si pomen hadap kereta oren ni).

Alang-alang dah sentuh radiator tu, ambe tukar coolant sekali, asyik-asyik guna air mineral jer. RM10 warna biru. Mudah jer, cara nak tukar air tangki radiator ni. Bukak nat pastu cucur air paip, hilangkan air karat-karat tu sampai air yang keluar kat bawah tu jernih, barulah salin dengan coolant. Tapi tutup dulu la nat bawah tangki tu. Kang habis 10 hinggit free2. Coolant pun campur jer dengan air, bagi banyak. Buat macam kacau air milo la.

Alang-alang kereta murah ni, jadi barang-barang murah la ambe cari. Karpet kaki ni RM2 sebijik kat kedai 2 Ringgit. Cantik la daripada karpet asal yang lebih teruk daripada karpet tandas.

Doorguard pun ambe pasang, RM2 untuk 4 bijik. Pun beli di kedai dan masa yang sama.

Yang signal ni tiba-tiba terbakar bulb. Tukar baru RM2 sebijik mentol. Bukak jer sendiri. Tak payah nak pomen2.

Masa hujan, wiper punya la bising pastu tak sapu rata pulak air, terpaksalah ambe bawak kereta dengan hati-hati (yang maksimum). Tukar yang depan dua batang ni jenama Bosch RM29 (TYPE ECO). Saiz 18’ kedua-duanya.

Wiper belakang dah patah tempat sangkut, pun tukar jugak.Rear wiper Bosch RM23. Saiz 14’ tak silap. Cari yang saiz kancil atau kelisa. Beli kat lazada.

Masa jalan-jalan dalam lazada tu, beli la sekali car cover RM40, boleh la bagi dia berteduh dalam panas dan hujan, tika siang dan malam.

Pastu beli juga bonet sound proof, bagi diam sket bunyi enjin ni. Ni bunyi macam nak pergi berperang. Sambil-sambil serap bunyi, boleh la serap haba sekali katanya dalam lazada tu. Yang ni ambe beli yang saiz Myvi RM33 (DIY). Murah dah tu.

Lama selepas tu, tersedu-sedu pulak si oren ni. Macam nak bersin, tapi tak lepas. Cek-cek, oil filter dah rosak, dah lama oil filter ni warna pun hitam pekat. Senang jah nak tukar benda ni. Bila filter dalam bekas kecil tu longgar jadi minyak pun tersekat nak masuk dalam carburetor.

Ni oil filter asal, warna dah hitam


Tapi kadang-kadang bukan pasal oil flter. Mungkin pasal coil ignition atau pun spark plug. Member citer la.

Tapi wayar pipe (entah apa nama dia) asal pendek nak joint dengan oil filter ni sebab pattern atau bentuk dia tak sama dengan asal. Terpaksalah beli wayar hitam semeter RM4.

Dulu, ada juga time kereta tak boleh start.
1. Sebab besi api dalam starter dah penuh berkarbon. Buka dan gosok seket. Ada kertas pasir lagi molek.
2. Sebab tali minyak tak kuat. Tarik sket tali minyak tu sambil-sambil setting kat tempat berlaga besi (tak reti nak sebut). Tapi tu la, bila minyak macam dah selalu ditekan, mesti makan petrol. Kalu time bawak perlahan, nanti tak tekan pedal minyak, mati pulak enjin. ambe syak, spark plug kena tukar juga ni.

Dah 6 bulan pakai kereta ni, boleh la join grup charade yang berlambak tu..hehe. Setiap pertemuan ada perpisahan. 

Legend tetap legend, Daihatsu Charade G11.

Ni video & pic yang boleh dijadikan kenangan. Akan menyusul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catat Ulasan