Sahabat PpA

Rabu, 7 Disember 2011

Apa sebenarnya yang berlaku di Syria sekarang??

Sebagai perkongsian:
Taklimat khas mengenai revolusi Syria yang disampaikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media massa sekarang. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.

2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apa sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu fakta telah diputarbelitkan.

3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai penyokong dan pengikut.

4) Jangan terpedaya dengan keyataan-kenyataan yang kita dengar daripada ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria menentang Israel kerana sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada sebutir peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

Punca Revolusi:
Apabila sekumpulan kanak-kanak hampir 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Perkara yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN". Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang telah alami revolusi rakyat. Apabila diketahui pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini, mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat jika mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghina mereka lantas berlakulah revolusi di Syria.


Rakyat Marah
  1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas. 2) Jumaat lepas, lebih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
  2. Kini, semua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
  3. Rakyat mendesak supaya Allah diletakkan pada tempatnya (Tiada tuhan kecuali Allah), mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
  4. Rakyat Mahu Presiden dihukum.Itulah antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)
 
Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

1) Dalam masa 42 hari seramai 40 000 orang rakyat telah mati.

2) 39000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.

4) 9000 rakyat ditahan.

5) 413 orang telah syahid di dalam penjara.

6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. 
7) Wanita-wanita telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

8) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni telah ditangkap dan hampir diperkosa oleh tentera yang menangkapnya tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik lalu dicampakkan ke arah keluarga beliau.

8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai pemerintah.

Berita Baik


1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri daripada pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2) Pertubuhan-pertubuhan arab telah ambil pendirian untuk menentang tindakan kejam yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.

3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini sebagai SYAHID.

4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

Semoga kalian dapat menyebarkan hakikat ini.
Semoga Allah redha akan usaha murni kita ini.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...