Sahabat PpA

Selasa, 4 Januari 2011

Peranan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama.

Islam bersumberkan 4 asas :
1) Al-Quran
2) Hadis
3) Ijmak Ulama
4) Qias Ulama

Inilah 4 perkara yang wajib dipegang oleh setiap muslim. Alhamdulillah di Malaysia masih ada golongan yang berpegang teguh kepada keempat-empat sumber. Kalau dulu sudah ada golongan yang membawa aliran baru di bumi Tanah Melayu yang bertopengkan penuntut kemerdekaan namun ulama-ulama tegas menentang mereka. Golongan yang dikenali "Kaum Muda" ini telah menyebabkan kacau bilau di sini apabila membawa fahaman mujassimah @ salafiyyah wahabiyyah. Penentangan daripada golongan bijak-pandai dan para ulama ini menghalang pengaruh kaum muda yang baru mencari tapak.

Imam Syafie mengatakan mafhumnya bahawa Al-Quran itu dihuraikan oleh Hadis, Hadis dihuraikan oleh PARA ULAMA (Ijmak dan Qias Ulama).

Ramai ummat Islam yang terpengaruh dengan ideologi baru yang dibawa 72 golongan sesat yang menyeleweng daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) sama ada yang telah timbul atau pun bakal timbul. Mereka juga berasaskan Al-Quran dan Hadis tapi mereka telah tersasar daripada maksud yang sebenar. Antara pecahan daripada Islam yang telah timbul ialah Mujassimah, Khawarij, Syiah, Jabariah dan Qadariah.

Para Ulama silam telah meninggalkan banyak kitab untuk dipelajari oleh ummat Islam seperti makanan yang enak telah tersedia semuanya dan atas kita untuk makan atau meninggalkannya. Kitab-kitab ulama melayu ini masih dipelajari di kebanyakan madrasah dan masjid di seluruh negara. Kitab asas fardu ain (wajib dipelajari) iaitu tauhid, feqah dan tasauf muamalah ditekankan. Kitab-kitab karangan ulama inilah termasuk antara sumber Islam yang empat di atas. Ulama mensyarahkan lagi al-Quran dan Hadis yang ringkas, bagaimana ingin kita bersolat tanpa ulasan daripada ulama yang berasaskan al-Quran dan Hadis.

Sesiapa yang mempelajari kitab-kitab Ulama maka seolah-olah mereka telah mempelajari al-Quran dan Hadis dan sesiapa yang mempelajari al-Quran dan Hadis (meninggalkan kitab-kitab ulama) maka mereka tidak mempelajari Syarah dari Ulama.

Syeikh Daud bin Abdullah Fathoni merupakan pengarang ulung di kepulauan Melayu yang telah menghasilkan pelbagai kitab yang bermula dari asas hinggalah cabang agama yang terperinci seperti Sulamul Mubtadi, Furu'ul Masail dan Masailul Mubtadi.
Manakala Syeikh Wan Ahmad Fathoni yang merupakan guru kepada Tok Kenali dan Tok Janggut juga mahsyur dengan kitab Faridatul Faraid yang membincangkan sifat 20. Beliau juga antara ulama melayu yang berkhidmat di Makkah dan guru yang mengarang dalam bahasa Melayu dan Arab.
Syeikh Abdus Somad Palembang, Syeikh Pak Da 'IL, Tok Guru Hj Syafiee Kedah dan ramai lagi ulama yang dijadikan sebagai rujukan.

Pengorbanan para ulama ini sepatutnya diingati oleh sekalian ummat yang mana mereka merupakan pewaris Nabi. Antara mereka juga ialah Wali Allah dan ulama akhirat. Namun, telah tiba sekarang golongan yang mempertikaikan ilmu para wali Allah dan menetang mereka. Sesungguhnya Allah mengisytiharkan perang terhadap kelompok yang menentang para WaliNya. Di Malaysia juga terdapat golongan yang menggunakan kitab-kitab ulama sebagai bahan pengajaran tetapi menghuraikan mengikut logik aqal dan menyeleweng.

" Sesungguhnya sesiapa yang menentang para Ulama maka seolah-olah mereka telah menentang Nabi ".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...