Ahad, 12 Februari 2017

Tentang Daihatsu Charade G11 1984 The Legend

Kereta lama ini mengajar ambe bagaimana untuk servis kereta dan membaiki (basic) kereta sendiri. Seperti manusia, semakin berumur, semakin banyak penyakit yang mendatang. Lihat apa yang kita makan kerana you are what you eat. Ringkasnya, makanan yang kita makan menjadi darah daging kita, yang baik atau pun yang buruk. Yang berzat atau yang memudharatkan.

Daihatsu Charade oren ini berumur 33 tahun (1984). Lebih 3 dekad di atas jalan. Berasal dari Selangor. Dia telah melihat Malaysia yang berubah-ubah, dari zaman Tun Mahathir hingga ke zaman Dato’ Najib.

Era 80/90-an memang kenderaan ini sangat feymes dan menjadi kegilaan. Charade biasanya diubah suai untuk kelajuan dan kawalan maksimum seperti Honda EX5. Bagi golongan yang minat dengan kereta mereka sanggup berhabis duit untuk kereta. Ya, kereta lama menjadi ‘baru’. Interior & exterior ditukar dan diupgrade. Tetapi hakikatnya, yang lama tetap lama. Minat masing-masing.

Perkara pertama yang ambe buat selepas dapat kereta ini Ogos tahun lalu, semestinya tukar nama. Caj JPJ RM100 dengan geran versi baru dan sebelum itu, mesti test di Puspkom dahulu (caj dalam RM30 lebih).

Sehari sebelum test, lampu depan tiba-tiba terbakar, pi tukar kena RM20. Rasa macam kena lipak. Biarlah, budak baru dapat kereta. Nak sedapkan hati, andaikan mentol jenis branding antarabangsa dan rare.

Lepas tu, pergi tinted full car, yang paling mudah, RM80 dah dapat. Tapi kena beringat juga, gelap sangat nanti tak lepas JPJ. Penat la pulak nak lari dari roadblock ni. Semak peratusan tembus cahaya yang dikeluarkan JPJ.

Masalah pertama charade ini ialah bateri. Baru pakai dah kong. Silap ambe kerana tidak check air bateri. Buka-buka, dah hampir kering. Isi semula air pun, bateri dah tak kuat nak caj. Jadi terpaksalah beli bateri baru. Kali ini beli yang kering, tak payah nak susah-susah topax air tiap2 minggu/bulan. Kata orang, semakin berat bateri tu, semakin ok. Habis RM140 beli Yokobutt. Yang Yokohama RM160 tak silap. Yokobutt ni pun produk Yokohama.

Bateri ni biasa boleh tahan sampai 1.5 tahun hingga 2 tahun. Tengok kualiti la juga. Tapi kalau bateri basah, si owner tak jaga air, 6 bulan pun dah kong.

Minggu depan tu, mounting absorber pulak yang tanggal (dah lama, ambe pun tak perasan masa beli dulu). Asal membelok jer, macam drift. Tak boleh lepas steering, kereta akan ke kanan dan ke kiri tanpa niat pemandu.

Dah mounting RM55 tambah RM35 untuk alignment. Alignment ni nak bagi betul tayar dengan steering. Nak cek kereta yang wajib kena alignment ni, jalan lurus pun steering kena putar atau masa steering dalam keadaan normal kereta tu tak normal pada kereta orang lain. Susah pulak nak explain.

Pada masa sama, tayar depan kiri dan kanan kena tukar camber. RM18 x2. Lepas tu, batang kanan depan pulak kena tukar, terbang la RM80. Masa angkat kereta dulu, memang tayar kanan macam longgar, boleh gerak kanan kiri.

Lepas tu, masa ambe bawak kereta ni, punya la bising time nak brek. Tengok-tengok brek pad dah makan tepi (makan tak rata).

Tukar brek pad baru, sepasang RM37, upah tu dalam RM25 la jugak. Ambe lihat mudah jer nak tukar, tapi mahal pulak caj si pomen ni. Entahlah. Lepas ni boleh la mencuba tukar sendiri.

Satu lagi, kena cumur minyak kat skru besar yang pegang brek tu, kalau tak makan tepi pulak la lepas ni. Cek tutorial di sini

Bulan 11 pulak, kena tukar tayar. Ada jer tayar toreh tapi ambe lebih suka tayar second, saiz rim 15 Alza ni RM60 pun dah dapat. 185-55-R15.

Tiba-tiba kipas radiator tak pusing. ambe syak motor kena tukar ni, tapi rupa-rupanya soket yang rosak. Tukar baru RM20 (sekali upah la ni, 2 jam si pomen hadap kereta oren ni).

Alang-alang dah sentuh radiator tu, ambe tukar coolant sekali, asyik-asyik guna air mineral jer. RM10 warna biru. Mudah jer, cara nak tukar air tangki radiator ni. Bukak nat pastu cucur air paip, hilangkan air karat-karat tu sampai air yang keluar kat bawah tu jernih, barulah salin dengan coolant. Tapi tutup dulu la nat bawah tangki tu. Kang habis 10 hinggit free2. Coolant pun campur jer dengan air, bagi banyak. Buat macam kacau air milo la.

Alang-alang kereta murah ni, jadi barang-barang murah la ambe cari. Karpet kaki ni RM2 sebijik kat kedai 2 Ringgit. Cantik la daripada karpet asal yang lebih teruk daripada karpet tandas.

Doorguard pun ambe pasang, RM2 untuk 4 bijik. Pun beli di kedai dan masa yang sama.

Yang signal ni tiba-tiba terbakar bulb. Tukar baru RM2 sebijik mentol. Bukak jer sendiri. Tak payah nak pomen2.

Masa hujan, wiper punya la bising pastu tak sapu rata pulak air, terpaksalah ambe bawak kereta dengan hati-hati (yang maksimum). Tukar yang depan dua batang ni jenama Bosch RM29 (TYPE ECO). Saiz 18’ kedua-duanya.

Wiper belakang dah patah tempat sangkut, pun tukar jugak.Rear wiper Bosch RM23. Saiz 14’ tak silap. Cari yang saiz kancil atau kelisa. Beli kat lazada.

Masa jalan-jalan dalam lazada tu, beli la sekali car cover RM40, boleh la bagi dia berteduh dalam panas dan hujan, tika siang dan malam.

Pastu beli juga bonet sound proof, bagi diam sket bunyi enjin ni. Ni bunyi macam nak pergi berperang. Sambil-sambil serap bunyi, boleh la serap haba sekali katanya dalam lazada tu. Yang ni ambe beli yang saiz Myvi RM33 (DIY). Murah dah tu.

Lama selepas tu, tersedu-sedu pulak si oren ni. Macam nak bersin, tapi tak lepas. Cek-cek, oil filter dah rosak, dah lama oil filter ni warna pun hitam pekat. Senang jah nak tukar benda ni. Bila filter dalam bekas kecil tu longgar jadi minyak pun tersekat nak masuk dalam carburetor.

Ni oil filter asal, warna dah hitam


Tapi kadang-kadang bukan pasal oil flter. Mungkin pasal coil ignition atau pun spark plug. Member citer la.

Tapi wayar pipe (entah apa nama dia) asal pendek nak joint dengan oil filter ni sebab pattern atau bentuk dia tak sama dengan asal. Terpaksalah beli wayar hitam semeter RM4.

Dulu, ada juga time kereta tak boleh start.
1. Sebab besi api dalam starter dah penuh berkarbon. Buka dan gosok seket. Ada kertas pasir lagi molek.
2. Sebab tali minyak tak kuat. Tarik sket tali minyak tu sambil-sambil setting kat tempat berlaga besi (tak reti nak sebut). Tapi tu la, bila minyak macam dah selalu ditekan, mesti makan petrol. Kalu time bawak perlahan, nanti tak tekan pedal minyak, mati pulak enjin. ambe syak, spark plug kena tukar juga ni.

Dah 6 bulan pakai kereta ni, boleh la join grup charade yang berlambak tu..hehe. Setiap pertemuan ada perpisahan. 

Legend tetap legend, Daihatsu Charade G11.

Ni video & pic yang boleh dijadikan kenangan. Akan menyusul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 20 Januari 2017

Ramai Solat Tapi Tak Sah

Kesalahan-Kesalahan Yang Tidak Disedari dalam Solat

1. Perut jari kaki tidak ditekan ketika sujud

7 anggota sujud dan salah satunya menetapkan perut jari kaki di atas tempat sujud. Bilangan minimum jari ialah 3. Namun diuzurkan kepada orang yang mengelami musyaqqah untuk menekan atau membengkokkan jari kaki seperti orang tua yang keras jari-jari kakinya. Memadai baginya hanya dengan memacak jari-jari kaki di atas tempat sujud tanpa menekannya.

“Disuruh ke atas aku bahawa aku sujud di atas 7 ‘adzam : atas dahi (dan ditunjukkan atas hidung dengan tangannya), dan dua tangan, dua lutut dan hujung 2 kaki” (Shahih Bukhari no.779, Shahih Muslim no.490)

2. Tamakninah diabaikan

Tamakninah bermaksud berhenti sebentar tanpa bergerak sekadar masa ucapan ‘subhanallah’ atau pun selama 2 saat. Seperti yang dimaklum, tamakninah merupakan syarat bagi rukun ruku’, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud. Sesetengah ulama’ seperti Imam al-Ghazali membilang tamakninah ini sebagai rukun yang suku daripada 4 rukun tersebut menjadikan rukun solat sebanyak 17.

“Bahawa dikehendaki tamakninah pada keadaan sujud dengan kadar bacaan tasbih yang paling sedikit” (Fiqh Manhaji, Jilid 1, m/s 137)

3. Dahi tertutup sepenuhnya

7 anggota yang wajib menyentuh tempat solat ialah:
a) 2 tangan
b) 2 kaki
c) 2 lutut
d) Dahi

Jadi, dahi merupakan satu-satunya anggota yang wajib menyentuh tempat sujud dengan terdedah semua atau sebahagian dahi. Jika rambut atau kain di kepala menutup seluruh dahi, maka sujud tidak sah yang akan menyebabkan solat juga tidak diterima. Namun, jika ada sebahagian dahi sampai ke tempat sujud, solat masih sah. Inilah juga antara hikmah galakan memakai kopiah atau songkok di dalam solat. Manakalah hidung adalah sunat menyentuh tempat sujud dan jika tidak bersentuh, solat masih sah.

Nabi saw. diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota badan dan dilarang menutup dahinya dengan rambut dan pakaian. (Shahih Muslim no.755)
“Disuruh ke atas aku bahawa aku sujud di atas 7 ‘adzam : atas dahi (dan ditunjukkan atas hidung dengan tangannya), dan dua tangan, dua lutut dan hujung 2 kaki” (Shahih Bukhari no.779, Shahih Muslim no.490)

“Dan tetapi tidak wajib didedahkan (terbuka) akan semua angggota (yang tujuh) ini melainkan dahi” (Fiqh Manhaji, Jilid 1, m/s 136)

4. Salah bacaan Rukun qauli

Bacaan rukun dalam solat ialah:
a) Takbiratul ihram
b) Al-fatihah
c) Tahiyyat akhir
d) Selawat ke atas keluarga nabi dalam tahiyyat akhir
e) Salam pertama

Selain daripada 5 bacaan yang dinyatakan ini, hukumnya sunat. Bacaan rukun yang salah dari segi makhraj atau sifat huruf akan membatalkan rukun solat tersebut seterusnya akan membatalkan solat jika tidak diulangi. Inilah pentingnya mencari guru dalam bertalaqqi bacaan untuk ditunjukkan bacaan yang betul. Bacaan yang salah dikira tidak membacanya dan akan menyebabkan solat itu batal.
“Tidak ada solat kecuali dengan bacaan surat Al-Fatihah.” (Shahih Muslim no.599)

pic: mywaktusolat.com

Solat Berjemaah

1. Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir)

Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah)

2. Tergesa-gesa masuk ke dalam solat

Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tidak dianjurkan oleh agama. Hendaklah masuk ke dalam solat dalam keadaan tenang.

Abu Qatadah telah mencerikatakan: " Ketika kami sedang bersolat dengan Rasulullah, tiba-tiba baginda mendengar bunyi hingar bingar orang yang bergegas di belakang. Selesai solat, baginda bertanya: "Apa halnya kamu tadi?" Mereka menjawab: " Kami tergesa-gesa sebentar tadi untuk mengikuti solatmu" Baginda bersabda: " Jangan ulangi lagi perbuatan itu, Sekiranya kamu datang untuk bersolat, datanglah dengan tenang. Apa yang kamu dapat teruskan, Manakala apa yang tertinggal sempurnakanlah" (Riawayat Bukhari & Muslim)

3. Keliru antara muafiq dan masbuq

Muafiq ialah makmum yang sempat berdiri dengan imam dengan kadar masa bacaan al-fatihah yang umum (tidak terlalu cepat dan lambat). Berdiri dengan imam dengan maksud bermula dari takbiratul ihram makmum dan rukuk imam. Diuzurkan atau dibenarkan untuk tertinggal daripada imam 3 rukun perbuatan yang panjang bagi membaca surah al-Fatihah yang wajib dihabiskannya iaitu rukuk, sujud pertama dan sujud kedua.

Masbuq pula ialah makmum yang tidak sempat berdiri dengan imam dengan kadar masa bacaan al-fatihah yang umum (tidak terlalu cepat dan lambat). Dia mesti segera berada pada rukun imam ketika itu kerana imam sudah menanggung bacaan al-Fatihah bagi pihaknya. Jika dia mendapat rukuk bersama imam dan tomakninah maka dapat rakaat. Jika tidak, tidak mesti ditambah satu rakaat selepas daripada salam.

Jika makmum muafiq dan masbuq tidak mengikut cara masing-masing yang ditetapkan, maka batallah solat. (Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah)

Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celcom pernah kehilangan 874 000 pelanggan prepaid pada 1Q2015 dulu

Statistik lama.

Celcom merupakan syarikat telco GLC (government linked  company) iaitu bermaksud hasil Celcom akan masuk ke dalam kantung kerajaan.

Entah apa silapnya, sejak pertukaran CEO baru dari Jerman ini, Michael Kuehner sejak 1/9/2016, macam-macam berita tak enak dengar daripada Celcom. Tak seperti zaman Dato' Seri Shazalli Ramly dulu (yang menjadi CEO sejak 1/9/2005).

Dato' Seri Shazalli Ramli pic:

Profile of BUMI CEOs

Sedangkan perlantikan CEO bukan Bumiputera ini juga dipertikai oleh masyarakat kerana Celcom ialah GLC. Tapi kehilangan pelanggan postpaid & prepaid tidak 100% di atas bahu CEO luar ini jika dilihat kepada tarikh lantikan beliau.

Tahun lalu, Maxis telah kehilangan lebih sejuta pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan plan yang Maxis tawarkan.


Saya sebagai pelanggan Celcom Prepaid sejak 2008 (telco pertama yang saya guna) melihat Celcom tidak menawarkan plan yang menarik. Plan All-New Xpax menawarkan 10gb internet basic (basic iaitu selambat 64kbps), kouta banyak tapi lihat saja.

10gb untuk facebook, ok la tu. 

"Plus enjoy call rates at 30sen/min, SMS rates at 15sen/SMS" - ALL-NEW XPAX

Yang ni Celcom tulis kecik jer kat bawah tulisan besar 10gb bagai yang kat atas tu.

Umobile pun dah bagi call rate 7 sen/30 saat ke semua line. Ini bermaksud panggilan dicaj mengikut blok 30 saat. Jika panggilan 29 saat, kira satu blok, jika panggil 31 saat, dikira 2 blok - 14 sen.

pic: u.com.my


Berlainan pula dengan Celcom ni, caj panggilan ikut blok seminit. Jika panggilan 1 saat, maknanya kena caj 30 sen juga. Saya ingat lagi dulu, masa guna Celcom Blue, 45 sen/minit. Rasanya caj setiap 30 saat.

pic: leanismean.blogspot.com


Yang plan New Xpax dulu caj setiap BLOK 10 Minit. Masuk 10 minit 1 saat, kira kena caj 28 sen x 2.

pic: beliamuda.com


Yang ni plan XPAX24, caj setiap blok 3 minit.
pic: 8vertising.blogspot.com

Cuma yang masih stay dengan School of X atau University of X sahaja dicaj 15/minit mengikut blok 30 saat. Maksudnya 7.5 sen/30 saat ke semua rangkaain.

Harap Celcom lebih prihatin kepada blok2 ini. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...